6 TIPS BERSENAM WALAU BERPUASA

Salam Ramadan dan selamat berpuasa dari Coach Razain. Buat followers yang ternanti-nantikan tips untuk bersenam semasa Bulan Ramadan, hari ini Coach akan kongsikan  beberapa tips mudah supaya anda masih boleh mengekalkan kecergasan diri walaupun sedang berpuasa.

‘Coach, selamat ke bersenam walaupun sedang berpuasa?’

Berpuasa dan senaman

1.Bersenam ketika berpuasa tak sama. Anda tidak digalakkan untuk bersenam dengan intensiti 100%,  sehingga 5 – 6 kali seminggu. Jangan! Bersenam hanya pada intensiti yang rendah dan tempoh yang lebih singkat. Bagi anda yang sibuk. 10-20  minit sehari pun dah ok.

2. Bersenam 3 kali seminggu sahaja. Jangan paksa badan anda untuk melakukan beban yang lebih. Ingat! Anda nak kekalkan kecergasan diri dan tisu otot pejal, bukan nak bakar lemak berlebihan.

3. Pilih senaman yang lebih mudah. Bulan puasa bukan masanya untuk mencuba senaman yang baru ya.

4. Bersenam hanya selepas badan menerima makanan dan minuman  yang secukupnya. Bersenam dalam keadaan lapar dan dehidrasi boleh menjejaskan tisu otot pejal dan badan akan menjadi lemah.

5. Jaga diet pemakanan anda. Pilih makanan yang bernutrien tinggi. Pilih makanan yang cukup  kalori untuk keperluan tubuh badan anda kerana mengambil makanan yang rendah kalori akan menyebabkan otot anda terurai sekaligus menghalang penuruan berat badan. Tapi, itu bukan tiket anda ‘Cheat Day’ ya. Jangan makan secara berlebihan.

6. Minum air kosong yang secukupnya. Sekurang-kurangnya 2.5 Liter sehari. Minum dari selepas berbuka sehinggalah waktu bersahur. Susun jadual minum air supaya anda konsisten dan berdisiplin. Ia akan bantu tubuh badan anda supaya sentiasa terhidrat. KURANGkan minum air berkafein seperti kopi dan teh.

Semoga bermanfaat ya untuk semua.

JENIS-JENIS OAT

Bagi penggemar oat, korang pernah tau tak yang oat ni ada pelbagai jenis? Ada oat yang sihat dan ada oat yang tak sihat.

Oat terbahagi kepada beberapa jenis. Ada :

💧instant oat
💧quick oat 
💧rolled oat
💧steel cut oat

Mereka yang berdiet , sudah tentu mengambil berat tentang jenis oat yang perlu di ambil untuk membantu penurunan berat badan.

Kenapa ya?

1) Instant oat dan quick oat mempunya G.I @ indeks glisemik yang tinggi. Lebih tinggi indeks glisemik, lebih tinggilah penyerapannya ke dalam darah sebagai gula.

Maka, 2 jenis oat ini adalah yang paling senang diserap ke dalam darah sebagai gula.

Eh, nak sihatkan jantung dan nak kurus kena kurangkan gula tau. Kalau awak dah AmalkAn instant oat dan quick oat tu, tu dah membahayakan kesihatan tau. Gula yang berlebihan akan membahayakan jantung.

Formula nya senang je, semakin halus sesuatu oatmeal, semakin cepat penyerapannya ke dalam badan. Walaupun jumlah serat di dalamnya sama.

Rolled Oat

2) Coach pilih Rolled oat sebab ianya sangat sesuai untuk berdiet. Diperbuat daripada bijirin oat yang dikukus dan kemudiannya digelek menjadi kepingan. Ianya tidak diproses sepertimana instant oat dan quick oat.

Secara nutrisinya, Rolled Oat sangat membantu untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah dan membuatkan anda berasa lebih kenyang untuk waktu yang lebih lama.

3)Steel Cut Oat pula paling kurang diserap menjadi gula ke dalam darah. Oat jenis ini dipotong kasar-kasar daripada bijirin oat yang dipanggil oat groat.

So, nak makan pun kena ada ilmu tau. Nak kurus dan sihat lagi la kena ada ilmu tentang makanan sihat. Nak kurus dengan sihat?

Kami PAKAR dalam penurunan berat badan.

http://coachrazain.wasap.my/

http://coachrazain.wasap.my/

http://coachrazain.wasap.my/

-Coach RazAin-

Kepentingan mengambil sarapan dengan Sarapan yang paling berkualiti penuh nutrisi

Ahmad Huzaifie dah shake. Korang dah ke?

Untuk mengharungi sepanjang hari yang mencabar, setiap kita perlu mengambil sarapan, tak boleh tidak. Jangan sesekali skip mengambil sarapan pagi.

Bila dah ambik sarapan yang sepatutnya barulah badan bersedia untuk mengharungi segala kemungkinan sepanjang hari itu.

Kita mungkin pernah mendengar ; ‘breakfirst like a King’. Awal nya coach beranggap, boleh makan banyak dan makan apa sahaja bila sarapan ni. ‘King’ lah kata kan.

Namun anggapan ini silap dan jauh tersasar dari maksud sebenar. Jika kita berfikir sejenak, King sudah pasti punyai chef diraja sendiri, pasti masakannya penuh kualiti dan terbaik. Asas setiap makanan juga pasti yang terbaik juga, bukan sembarangan.

Kesimpulannya, wajib ambil sarapan dan sarapan yang paling tinggi kualitinya serta tinggi nutrisinya.

Untuk turunkan berat badan, kami para coach #teamsyoknyekurus amat menitik beratkan pengambilan sarapan berkualiti ini kepada coachee kami.

Alhamdulillah 99% mengikutinya dan Masha-Allah banyak la lemak yang loss. Kena ingat, kalori untuk sarapan yang kami cadangkan sesuai untuk penurunan berat badan dan kekalkan berat badan ialah 200 kalori sahaja ok.

Moga perkongsian ini bermanfaat dan jom share.😊😊😊

•••

Kami PAKAR dalam penurunan berat badan.

http://coachrazain.wasap.my/http://coachrazain.wasap.my/http://coachrazain.wasap.my/

-Coach RazAin-

6 TIPS SUPAYA TIDAK MERASA BOSAN KETIKA BERDIET

Rasa seronok badan dah ringan. Nak beribadah pun senang. Tak sakit lutut dah bila berjalan dan turun naik tangga. Perut buncit dan kurang.

Kalau kita dah terbiasa makan makanan yang sihat, nak makan benda manis pun dah macam takut. Dah 30 hari join #teamsyoknyakurus. Badan pun turun kilo yang banyak. Yang penting, rasa bersemangat nak turun kerja.

Bosan nak berdiet!

Hari ni Coach nak kongsikan bagaimana caranya untuk konsisten sekiranya anda berada dalam program diet. Tips supaya anda tidak merasa bosan, lelah dan putus asa.

  • Jangan ‘SKIP’ sarapan pagi dan jangan amalkan ‘BRUNCH’.
  • Gabungan Breakfast & Lunch. Kadar gula dalam badan kita akan turun sehingga di bawah paras normal dan menyebabkan rasa kelaparan yang teramat sangat dan anda akan makan dengan banyak.
  • Minum air kosong yang cukup. Sekurang-kurangla 8 gelas sehari. Atau boleh ikut keperluan badan. Air akan mengurangkan selera makan secara semula jadi. Paling best, ia bantu untuk kita rasa kenyang. . Kena tahu yang minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda.

  • Elakkan minum minuman yang bergas atau berkarbonat kerana tinggi gula.

  • Kurangkan pengambilan garam dalan menu seharian. Hal ini kerana garam bantu badan untuk menakung air dengan banyak. Jadi, sekiranya anda kurangkan pengambilan garam, ia akan bantu badan anda untuk lebih ringan.

  • Kunyah makanan kepada cebisan kecil supaya mudah dihadam. Bantu anda untuk lebih  mudah membuang.

  • Makan secara perlahan dan jangan tergesa-gesa supaya makanan makanan anda dapat dinikmati.

Semoga bermanfaat.

5 Tips Untuk Kurus Tanpa Kulit Gelebeh

man with fat belly and stretch marks

Pernah tak tengok orang yang dah turun berat badan, tapi ada masalah lain pulak timbul. Masalah kulit gelebeh!

Masalah ni sebenarnya masalah yang selalu dihadapi orang mereka yang turun banyak berat badan, selalunya lebih 20kg. Tapi jangan risau ada cara untuk mengelakkan benda ni berlaku.

1 . ELAKKAN PENURUNAN BERAT BADAN YANG DRASTIK – Bila anda turun berat badan dengan sangat cepat, anda sebenarnya tidak memberikan masa untuk kulit anda untuk adaptasi dengan perubahan itu. Penurunan yang stabil dan steady akan memberikan kulit anda masa untuk adjust sekali. Turun 1kg seminggu adalah cukup baik untuk elakkan kulit gelebeh.

2. ELAKKAN SENAMAN KARDIO EXTREME TANPA NUTRISI LENGKAP UNTUK SUPPORT AKTIVITI ANDA – Senaman kardio berlebihan seperti berlari boleh menyebabkan bukan hanya penurunan lemak, tapi juga otot! Kehilangan otot dan lemak, keduanya sekaligus serentak dengan drastik menyebabkan kulit anda nampak longgar dan gelebeh.

Jadi pastikan anda dah sediakan pelan pemakanan yang sempurna untuk support aktiviti workout anda. Nutrisi yang cukup akan membantu badan anda ‘recover’ dan mengurangkan kadar kulit gelebeh. Jika tak sempat nak masak, cari produk yang boleh bekalkan nutrisi seimbang untuk anda.

3. PASTIKAN ANDA CUKUP AIR SEPANJANG DIET – ‘Hydration’ sangat penting untuk kulit anda. Kulit adalah organ pertama yang terseksa jika anda tak minum cukup air. Dehidrasi akan membuatkan kulit anda nampak berkedut dan menjadikan kulit anda lebih teruk!

Kalau perhatikan, bila cukup air, kulit kita nampak segar dan anjal. Jadi pastikan air cukup sepanjang diet.

Strength Workout selalu guna dumbell

4. MULA BUAT SENAMAN JENIS ‘STRENGTH’ – Senaman jenis ni fokus kepada bina otot. Semasa turun berat badan, kulit akan nampak longgar kerana kehilangan lemak dalam badan. Jadi dengan bina otot, kekosongan yang ditinggal lemak tadi akan digantikan dengan otot.

Dengan bina otot, kulit anda akan nampak lagi tegang dan cantik. Tapi pastikan pemakanan anda cukup protein untuk menyokong perubahan ini. Shake Protein selepas bersenam juga sangat membantu. Pastikan selamat dan halal ya.

5. GUNAKAN PELEMBAB – Rajin rajin lembabkan kulit menggunakan pelembab seperti losyen, krim atau minyak untuk kulit. Memanjakan kulit begini juga boleh membantu membuatkan kulit nampak berseri.

Fokus pada cara turun berat badan yang sihat. Jangan terlalu cepat nak kurus sehingga melakukan metode yang extreme untuk kurus.

Jika anda masih mempunyai masalah ini, jangan rasa down. Kulit gelebeh ni hanyalah harga kecil yang anda perlu bayar untuk turun berat badan supaya anda rasa lebih sihat. Kesihatan yang paling penting.

Tips SIHAT ketika out station

Sebelum cek in hotel, kena pastikan semua ni ada dulu, baru lah senang hati kan.

Biasanya dulu-dulu kalau travel, memang suka beli keropok, coklat, air bergas dan sebagainya. Tahu tak? Semua tu adalah ‘silent killer’ dalam kesihatan kita.

So, coach dah ubah tabiat tak elok tu dengan mencari yang makanan yang sihat:

1. Nutrition, dah awal-awal prepare.


2. Botol air yg mudah dibawa ke mana-mana wajib ada.


3. Buah pisang, pilihan terbaik bersama shake di awal pagi & boleh untuk sneking juga


4. Air mineral, tak boleh tidak mesti ada sentiasa.


5. Teamix. Bagi yang suka craving malam-malam, ini lah penawarnya. 


6. Almond & Chesew Baked. Jangan salah pilih pulak. Goreng, madu, salted sangat tidak sehat, kandungan kalori yang tinggi, so elakkan lah ok. Pastikan baked.

Ok, agar perkongsian ini bermanfaat. Boleh cuba ok.

– Coach RazAin –

18 Makanan Yang Boleh Membantu Penurunan Berat Badan

1 . Avokado – Protein dalam buah ini mengandungi semua 9 asid amino penting dan omega-3 yang sangat baik untuk badan dan membantu penurunan berat badan.

2. Keju – Keju sebenarnya boleh menjadi sebahagian dari diet sihat anda. Asalkan anda tak ambil dalam kuantiti yang berlebihan dan pilih keju yang rendah lemak.

3. Tempe – Tempe jika dimasak secara sihat juga boleh membantu penurunan berat badan. Boleh cuba masak secara bakar, air-fryer, atau goreng atas pan tanpa minyak.

4. Greek Yogurt – Mengandungi protein dan boleh mengenyangkan, Greek yogurt juga pilihan utama mereka yang sedang diet.

5. Kacang Almond – Segenggam almond sangat sesuai untuk dijadikan snack di antara makan.

6. Edamame – Edamame kaya dengan protein dan mineral seperti zink, iron dan magnesium.

7. Whey Protein – Cara yang mudah dan cepat untuk topup keperluan protein anda terutamanya lepas bersenam atau snacking segera. Sebaiknya cari jenis soya untuk elakkan protein dari haiwan jika anda ragu-ragu dengan status halal.

8. Bayam – Bayam mengandungi protein dan fiber yang boleh buat kita rasa kenyang lama. Bayam boleh dimasak sup atau tumis tanpa minyak menggunakan pan.

9. Tofu – Diperbuat dari kacang soya, tofu kaya dengan protein dan mempunyai kalori rendaah, membuatkannya makanan yang sesuai untuk diet.

10. Ikan – Ikan merupakan lauk yang sesuai untuk diet kerana kaya dengan protein dan selalunya omega-3 yang membuatkan anda kenyang dan puas lama.

11. Kacang Kuda – Kacang kuda sesuai dijadikan snacking semasa sedang berdiet. Ianya senang didapati sebab banyak dijual di kedai kedai. Cara masaknya juga simple dan sihat.

12. Telur – Telur compact dengan protein dan mudah untuk disediakan terumatanya jika kita sedang nak cepat. Jadi jika ada telur, tiadalah alasan tak sempat nak makan.

13. Dada Ayam – Bahagian ayam yang ini mengandungi kalori yang rendah berbanding bahagian lain. Kandungan protein pula lebih tinggi dari kandungan lemaknya jadi ianya sangat sesuai untuk diet.

14. Biji Labu – Juga sesuai untuk dijadikan snacking. Terutama buat yang suka kunyah kunyah. Tapi jangan ambil terlalu banyak, dan elakkan beli yang sudah bergula atau garam.

15. Nasi Perang – Untuk penggemar nasi, anda tak perlu buang nasi terus dari menu harian. Dengan gantikan nasi putih kepada nasi perang pun boleh membuatkan anda kenyang lebih lama.

16. Nasi Basmati – Kalau rasa susah nak telan nasi perang, anda boleh makan nasi basmati untuk gantikan nasi putih.

17. Buah-buahan – Boleh kata hampir semua buah-buahan sesuai dijadikan snacking. Buah mempunyai gula semulajadi yang boleh memuaskan craving terhadap makanan manis. Buah juga kaya dengan fiber yang sangat baik untuk sistem penghadaman.

18. Chia Seed – Kaya dengan protein dan fiber dan sangat sesuai dimasukkan ke dalam menu diet. Tapi pastikan anda minum air kosong secukupnya juga.


Yang paling penting pastikan anda jaga portion makan. Sediakan makanan seimbang, lengkap semua nutrien yang badan perlukan. Jangan terlalu ekstrem fokus kepada satu satu jenis makanan sahaja.

Walaupun makanan sihat, kita tetap kena jaga portion kerana semua makanan mempunyai kalori. Kalau kita makan lebih dari kalori yang sepatutnya, berat kita tetap akan degil nak turun.

Selamat Menjamu Selera!

Tips Sihat semasa Ramadan.

1. Ketahui Jumlah Kalori yang tubuh kita perlukan untuk sehari. Sama ada semasa SAHUR dan BERBUKA.

2. Kalau nafsu nak ke Bazar Ramadan tu tak tertahan, amalkan tips sehari satu “Stall” semasa berkunjung ke sana. Mudahkan? Tak payah nak jelajah semua stall. Macam ziarah raya pulak. Hehe

3. Jangan terburu-buru membeli makanan untuk berbuka. Ambil masa berfikir untuk beli apa yang perlu sahaja. Dahulukan Keperluan, kemudiankan Kehendak.

4. Kawal perbelanjaan sepanjang bulan Ramadan. Boleh simpan duit beli barang untuk persediaan menjelang Syawal nanti. Sehari RM10. Selepas 30 hari dapat dah RM300.

5. Kawal pengambilan Kuih-kuih dan Kek. Minimum 2 potong sahaja. Bulan puasa ni, nafsu kita je kuat. Nak beli macam-macam. Bila berbuka, makan sikit je, membazir tu banyak.

6. Kurangkan pengambilan gula dan perasa dalam makanan dan minuman anda sepanjang berpuasa. InsyaAllah akan bantu anda untuk biasakan “Healthy Habit”.

BONUS tips di atas ialah ANDA KURUS ❤️

Tekan butang SHARE sekiranya bermanfaat.

-Coach RazAin-
Bentuk Healthy Habit dalam 30 hari.

7 Tips Untuk Konsisten Dalam Diet


Antara benda yang paling susah nak maintain semasa tengah nak turunkan berat badan ialah konsisten. Susah betul nak maintain semangat yang konsisten sehingga akhirnya mencapai target idaman.

Jadi hari ni Coach kongsikan bagaimana nak maintain semangat yang berterusan.


1 . HAPPY DAN ENJOY – Tak kisahlah diet jenis apa pun, yang penting yang sesuai dengan anda, dan buat anda happy dan enjoy. Bila happy dan enjoy, susah kan nak give up macam tu je?

2. TAK TERSEKSA – Elakkan berlapar, senaman extreme (kecuali anda mmg suka), dan apa-apa yang menyeksa diri. Kalau diri terseksa, macamana nak konsisten? Sehari dua je la tahan..

3. HIDANGAN SEIMBANG – Pastikan anda menerima cukup semua jenis nutrien yang badan perlukan. Kalau semuanya cukup, pastinya badan pun rasa bertenaga je.

4. JELAS DENGAN TARGET – Sebelum start program, WAJIB timbang badan, ambil tahu nak kena turun berapa kg. Jangan main redah je, tak tahu pun nak turun berapa kg. Kalau macam tu, anda diet tanpa tujuan dan target. Boleh jadi berat anda tak turun.

Bila ada tujuan, anda akan fokus dan mudah nak konsisten sebab fokus anda hanya kepada target.

5. RAKAN DAN KELUARGA YANG MENYOKONG – Jauhi kenalan yang negatif yang selalu merendah-rendahkan usaha anda. Pengaruh luar begini selalu melemahkan semangat kita.

Sebaliknya kenalan yang positif akan memberi anda semangat untuk konsisten. Silap silap kalau anda malas nak jaga makan, dia yang ingatkan!

6. MAKAN MAKANAN SEDAP – Jangan limitkan pemikiran, asal makanan sihat je mesti tak sedap! Cuba buka minda, dan belajar. Jika anda suka makan ayam, belajar cara masak ayam sihat dan kenalpasti masakan jenis apa yang sesuai diambil jika anda terpaksa order makan di kedai. Makanan sihat untuk kurus tak semestinya tak sedap.

7. BAJU IMPIAN – Pilih satu baju, lama atau baru tak kisah, tapi baju yang anda teringin nak pakai atau nak pakai semula. Setiap bulan try baju tu. Kalau sendat pun pakai juga. Biar rasa geram dalam hati datangkan semangat membara, sampai satu hari nanti anda betul betul dah muat baju itu.


Sebenarnya memang mencabar untuk konsisten dalam masa yang panjang. Jadi kalau anda setakat selalu gagal untuk terus diet, jangan rasa down. Sebagai manusia itu adalah normal. Anda hanya perlu selesaikan, bagaimana nak atasi masalah ni.

Kenali diri anda sendiri, dah cuba yang terbaik diet mengikut selera, masa, rutin dan apa yang anda selesa. Selagi berusaha, pasti anda akan berjaya. Jangan mengalah ya!

Kalori SIHAT vs TAK SIHAT

Makanan popular di Malaysia

Semua makanan dan minuman yang kita ambil mempunyai kandungan kalori yang tersendiri. Tidak semua orang mengambil berat berkenaan kiraan kalori atau mengetahui berapa kalori yang sepatutnya diperlukan badan.

Antara sebab utama berat badan naik adalah pengambilan nutrisi yang tidak seimbang dan tidak betul. Sebab itulah untuk menurunkan berat badan pengambilan nutrisi yang cukup dan seimbang amat penting.

Untuk menurunkan berat badan, pengambilan kalori mestilah antara 1100 – 1200 kalori.

  1. Sarapan pagi (shake) 200 kalori

2. Snacking pagi 100-150 kalori

3. Makan Tengahari 500-600 kalori

4. Snacking petang 100-150 kalori

5. Shake malam 200 kali

Tidak semua makanan mempunyai kalori sehat, ada makanan yang berkalori sekitar 150 kalori, namun anda jangan lupa untuk melihat fakta nutrisi disebalik makanan yang anda ambik. Sebagai contoh, pengambilan biskut. 2 keping biskut kering bersamaan 150 kal, namun biskut mempunyai kandungan lemak yang tinggi. selain itu, biskut tidak mengenyangkan berbanding ayam panggang atau ikan bakar.

Kesimpulannya ialah, pengetahuan tentang fakta nutrisi dan tahu tentang kalori boleh membantu anda turun berat badan. Selain itu anda enjoy semasa menurunkan berat badan.