6 TIPS BERSENAM WALAU BERPUASA

Salam Ramadan dan selamat berpuasa dari Coach Razain. Buat followers yang ternanti-nantikan tips untuk bersenam semasa Bulan Ramadan, hari ini Coach akan kongsikan  beberapa tips mudah supaya anda masih boleh mengekalkan kecergasan diri walaupun sedang berpuasa.

‘Coach, selamat ke bersenam walaupun sedang berpuasa?’

Berpuasa dan senaman

1.Bersenam ketika berpuasa tak sama. Anda tidak digalakkan untuk bersenam dengan intensiti 100%,  sehingga 5 – 6 kali seminggu. Jangan! Bersenam hanya pada intensiti yang rendah dan tempoh yang lebih singkat. Bagi anda yang sibuk. 10-20  minit sehari pun dah ok.

2. Bersenam 3 kali seminggu sahaja. Jangan paksa badan anda untuk melakukan beban yang lebih. Ingat! Anda nak kekalkan kecergasan diri dan tisu otot pejal, bukan nak bakar lemak berlebihan.

3. Pilih senaman yang lebih mudah. Bulan puasa bukan masanya untuk mencuba senaman yang baru ya.

4. Bersenam hanya selepas badan menerima makanan dan minuman  yang secukupnya. Bersenam dalam keadaan lapar dan dehidrasi boleh menjejaskan tisu otot pejal dan badan akan menjadi lemah.

5. Jaga diet pemakanan anda. Pilih makanan yang bernutrien tinggi. Pilih makanan yang cukup  kalori untuk keperluan tubuh badan anda kerana mengambil makanan yang rendah kalori akan menyebabkan otot anda terurai sekaligus menghalang penuruan berat badan. Tapi, itu bukan tiket anda ‘Cheat Day’ ya. Jangan makan secara berlebihan.

6. Minum air kosong yang secukupnya. Sekurang-kurangnya 2.5 Liter sehari. Minum dari selepas berbuka sehinggalah waktu bersahur. Susun jadual minum air supaya anda konsisten dan berdisiplin. Ia akan bantu tubuh badan anda supaya sentiasa terhidrat. KURANGkan minum air berkafein seperti kopi dan teh.

Semoga bermanfaat ya untuk semua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s