7 Tips Untuk Konsisten Dalam Diet


Antara benda yang paling susah nak maintain semasa tengah nak turunkan berat badan ialah konsisten. Susah betul nak maintain semangat yang konsisten sehingga akhirnya mencapai target idaman.

Jadi hari ni Coach kongsikan bagaimana nak maintain semangat yang berterusan.


1 . HAPPY DAN ENJOY – Tak kisahlah diet jenis apa pun, yang penting yang sesuai dengan anda, dan buat anda happy dan enjoy. Bila happy dan enjoy, susah kan nak give up macam tu je?

2. TAK TERSEKSA – Elakkan berlapar, senaman extreme (kecuali anda mmg suka), dan apa-apa yang menyeksa diri. Kalau diri terseksa, macamana nak konsisten? Sehari dua je la tahan..

3. HIDANGAN SEIMBANG – Pastikan anda menerima cukup semua jenis nutrien yang badan perlukan. Kalau semuanya cukup, pastinya badan pun rasa bertenaga je.

4. JELAS DENGAN TARGET – Sebelum start program, WAJIB timbang badan, ambil tahu nak kena turun berapa kg. Jangan main redah je, tak tahu pun nak turun berapa kg. Kalau macam tu, anda diet tanpa tujuan dan target. Boleh jadi berat anda tak turun.

Bila ada tujuan, anda akan fokus dan mudah nak konsisten sebab fokus anda hanya kepada target.

5. RAKAN DAN KELUARGA YANG MENYOKONG – Jauhi kenalan yang negatif yang selalu merendah-rendahkan usaha anda. Pengaruh luar begini selalu melemahkan semangat kita.

Sebaliknya kenalan yang positif akan memberi anda semangat untuk konsisten. Silap silap kalau anda malas nak jaga makan, dia yang ingatkan!

6. MAKAN MAKANAN SEDAP – Jangan limitkan pemikiran, asal makanan sihat je mesti tak sedap! Cuba buka minda, dan belajar. Jika anda suka makan ayam, belajar cara masak ayam sihat dan kenalpasti masakan jenis apa yang sesuai diambil jika anda terpaksa order makan di kedai. Makanan sihat untuk kurus tak semestinya tak sedap.

7. BAJU IMPIAN – Pilih satu baju, lama atau baru tak kisah, tapi baju yang anda teringin nak pakai atau nak pakai semula. Setiap bulan try baju tu. Kalau sendat pun pakai juga. Biar rasa geram dalam hati datangkan semangat membara, sampai satu hari nanti anda betul betul dah muat baju itu.


Sebenarnya memang mencabar untuk konsisten dalam masa yang panjang. Jadi kalau anda setakat selalu gagal untuk terus diet, jangan rasa down. Sebagai manusia itu adalah normal. Anda hanya perlu selesaikan, bagaimana nak atasi masalah ni.

Kenali diri anda sendiri, dah cuba yang terbaik diet mengikut selera, masa, rutin dan apa yang anda selesa. Selagi berusaha, pasti anda akan berjaya. Jangan mengalah ya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s