5 Tips Untuk Kurus Tanpa Kulit Gelebeh

man with fat belly and stretch marks

Pernah tak tengok orang yang dah turun berat badan, tapi ada masalah lain pulak timbul. Masalah kulit gelebeh!

Masalah ni sebenarnya masalah yang selalu dihadapi orang mereka yang turun banyak berat badan, selalunya lebih 20kg. Tapi jangan risau ada cara untuk mengelakkan benda ni berlaku.

1 . ELAKKAN PENURUNAN BERAT BADAN YANG DRASTIK – Bila anda turun berat badan dengan sangat cepat, anda sebenarnya tidak memberikan masa untuk kulit anda untuk adaptasi dengan perubahan itu. Penurunan yang stabil dan steady akan memberikan kulit anda masa untuk adjust sekali. Turun 1kg seminggu adalah cukup baik untuk elakkan kulit gelebeh.

2. ELAKKAN SENAMAN KARDIO EXTREME TANPA NUTRISI LENGKAP UNTUK SUPPORT AKTIVITI ANDA – Senaman kardio berlebihan seperti berlari boleh menyebabkan bukan hanya penurunan lemak, tapi juga otot! Kehilangan otot dan lemak, keduanya sekaligus serentak dengan drastik menyebabkan kulit anda nampak longgar dan gelebeh.

Jadi pastikan anda dah sediakan pelan pemakanan yang sempurna untuk support aktiviti workout anda. Nutrisi yang cukup akan membantu badan anda ‘recover’ dan mengurangkan kadar kulit gelebeh. Jika tak sempat nak masak, cari produk yang boleh bekalkan nutrisi seimbang untuk anda.

3. PASTIKAN ANDA CUKUP AIR SEPANJANG DIET – ‘Hydration’ sangat penting untuk kulit anda. Kulit adalah organ pertama yang terseksa jika anda tak minum cukup air. Dehidrasi akan membuatkan kulit anda nampak berkedut dan menjadikan kulit anda lebih teruk!

Kalau perhatikan, bila cukup air, kulit kita nampak segar dan anjal. Jadi pastikan air cukup sepanjang diet.

Strength Workout selalu guna dumbell

4. MULA BUAT SENAMAN JENIS ‘STRENGTH’ – Senaman jenis ni fokus kepada bina otot. Semasa turun berat badan, kulit akan nampak longgar kerana kehilangan lemak dalam badan. Jadi dengan bina otot, kekosongan yang ditinggal lemak tadi akan digantikan dengan otot.

Dengan bina otot, kulit anda akan nampak lagi tegang dan cantik. Tapi pastikan pemakanan anda cukup protein untuk menyokong perubahan ini. Shake Protein selepas bersenam juga sangat membantu. Pastikan selamat dan halal ya.

5. GUNAKAN PELEMBAB – Rajin rajin lembabkan kulit menggunakan pelembab seperti losyen, krim atau minyak untuk kulit. Memanjakan kulit begini juga boleh membantu membuatkan kulit nampak berseri.

Fokus pada cara turun berat badan yang sihat. Jangan terlalu cepat nak kurus sehingga melakukan metode yang extreme untuk kurus.

Jika anda masih mempunyai masalah ini, jangan rasa down. Kulit gelebeh ni hanyalah harga kecil yang anda perlu bayar untuk turun berat badan supaya anda rasa lebih sihat. Kesihatan yang paling penting.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s