18 Makanan Yang Boleh Membantu Penurunan Berat Badan

1 . Avokado – Protein dalam buah ini mengandungi semua 9 asid amino penting dan omega-3 yang sangat baik untuk badan dan membantu penurunan berat badan.

2. Keju – Keju sebenarnya boleh menjadi sebahagian dari diet sihat anda. Asalkan anda tak ambil dalam kuantiti yang berlebihan dan pilih keju yang rendah lemak.

3. Tempe – Tempe jika dimasak secara sihat juga boleh membantu penurunan berat badan. Boleh cuba masak secara bakar, air-fryer, atau goreng atas pan tanpa minyak.

4. Greek Yogurt – Mengandungi protein dan boleh mengenyangkan, Greek yogurt juga pilihan utama mereka yang sedang diet.

5. Kacang Almond – Segenggam almond sangat sesuai untuk dijadikan snack di antara makan.

6. Edamame – Edamame kaya dengan protein dan mineral seperti zink, iron dan magnesium.

7. Whey Protein – Cara yang mudah dan cepat untuk topup keperluan protein anda terutamanya lepas bersenam atau snacking segera. Sebaiknya cari jenis soya untuk elakkan protein dari haiwan jika anda ragu-ragu dengan status halal.

8. Bayam – Bayam mengandungi protein dan fiber yang boleh buat kita rasa kenyang lama. Bayam boleh dimasak sup atau tumis tanpa minyak menggunakan pan.

9. Tofu – Diperbuat dari kacang soya, tofu kaya dengan protein dan mempunyai kalori rendaah, membuatkannya makanan yang sesuai untuk diet.

10. Ikan – Ikan merupakan lauk yang sesuai untuk diet kerana kaya dengan protein dan selalunya omega-3 yang membuatkan anda kenyang dan puas lama.

11. Kacang Kuda – Kacang kuda sesuai dijadikan snacking semasa sedang berdiet. Ianya senang didapati sebab banyak dijual di kedai kedai. Cara masaknya juga simple dan sihat.

12. Telur – Telur compact dengan protein dan mudah untuk disediakan terumatanya jika kita sedang nak cepat. Jadi jika ada telur, tiadalah alasan tak sempat nak makan.

13. Dada Ayam – Bahagian ayam yang ini mengandungi kalori yang rendah berbanding bahagian lain. Kandungan protein pula lebih tinggi dari kandungan lemaknya jadi ianya sangat sesuai untuk diet.

14. Biji Labu – Juga sesuai untuk dijadikan snacking. Terutama buat yang suka kunyah kunyah. Tapi jangan ambil terlalu banyak, dan elakkan beli yang sudah bergula atau garam.

15. Nasi Perang – Untuk penggemar nasi, anda tak perlu buang nasi terus dari menu harian. Dengan gantikan nasi putih kepada nasi perang pun boleh membuatkan anda kenyang lebih lama.

16. Nasi Basmati – Kalau rasa susah nak telan nasi perang, anda boleh makan nasi basmati untuk gantikan nasi putih.

17. Buah-buahan – Boleh kata hampir semua buah-buahan sesuai dijadikan snacking. Buah mempunyai gula semulajadi yang boleh memuaskan craving terhadap makanan manis. Buah juga kaya dengan fiber yang sangat baik untuk sistem penghadaman.

18. Chia Seed – Kaya dengan protein dan fiber dan sangat sesuai dimasukkan ke dalam menu diet. Tapi pastikan anda minum air kosong secukupnya juga.


Yang paling penting pastikan anda jaga portion makan. Sediakan makanan seimbang, lengkap semua nutrien yang badan perlukan. Jangan terlalu ekstrem fokus kepada satu satu jenis makanan sahaja.

Walaupun makanan sihat, kita tetap kena jaga portion kerana semua makanan mempunyai kalori. Kalau kita makan lebih dari kalori yang sepatutnya, berat kita tetap akan degil nak turun.

Selamat Menjamu Selera!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s