Dah dekat Ramadan ni, ramailah yang nak carik tips sihat di bulan Ramadan , menu sihat lah, macam mana nak workout dan kurus di bulan Ramadan lah. Dan macam-macam lagi.
Jadi, hari ni Coach Nak kongsi tips untuk sihat sepanjang Ramadan.

Tips Sihat semasa Ramadan.
- Ketahui Jumlah Kalori yang tubuh kita perlukan untuk sehari. Sama ada semasa SAHUR dan BERBUKA.
- Kalau nafsu nak ke Bazar Ramadan tu tak tertahan, amalkan tips sehari satu “Stall” semasa berkunjung ke sana. Mudahkan? Tak payah nak jelajah semua stall. Macam ziarah raya pulak. Hehe
- Jangan terburu-buru membeli makanan untuk berbuka. Ambil masa berfikir untuk beli apa yang perlu sahaja. Dahulukan Keperluan, kemudiankan Kehendak.
- Kawal perbelanjaan sepanjang bulan Ramadan. Boleh simpan duit beli barang untuk persediaan menjelang Syawal nanti. Sehari RM10. Selepas 30 hari dapat dah RM300.
- Kawal pengambilan Kuih-kuih dan Kek. Minimum 2 potong sahaja. Bulan puasa ni, nafsu kita je kuat. Nak beli macam-macam. Bila berbuka, makan sikit je, membazir tu banyak.
- Kurangkan pengambilan gula dan perasa dalam makanan dan minuman anda sepanjang berpuasa. InsyaAllah akan bantu anda untuk biasakan “Healthy Habit”.
BONUS tips di atas ialah ANDA KURUS ❤️
Tekan butang SHARE sekiranya bermanfaat.
-Coach RazAin-
Bentuk Healthy Habit dalam 30 hari.