Healthy Food , Healthy Lifestyle

Minggu lepas kitorang buat “Healthy Pack Food”. Dah nama pun “Healthy”, kitorang hanya menggunakan bahan-bahan yang memang sihat.

7cf7cbd7-ca30-4b3e-8dec-a4c57780c35d
 Grilled Curry Chicken

Menu hari pertama ialah “Curry Chicken Grilled with Brown Rice”.

Menu hari kedua pula ialah “Spagetti dan Chajun Chicken”

d51b8efc-3ec7-46d3-a570-6bb243746b6e
 Soaghetti Aglio Olio with Cajun Chicken

Sebelum ni fikir yang spagetti ni bukan makanan orang yang sedang nak berdiet. Tetapi…

Rupanya Spagetti ni mempunyai serat yang tinggi seperti nasi perang dan roti wholegrain. Ia membantu pengawalan gula dalam darah jika di ambil dalam kuantiti yang disarankan. Malah, Nasi beras perang dapat merendahkan paras kolesterol LDL dalam darah.

Korang kena ingat yang pengambilan tidak terkawal tidak akan membantu anda untuk menurunkan berat badan dan dalam penjagaan kesihatan.

Yang nak diet je ke boleh makan ni? Eh tak la. Nama pun healthy Food. Semua orang boleh ambil dan amalkan.

Korang tahu tak bagaimana nak memastikan yang makanan yang kita makan tu sihat atau tidak?

1. Makanan sihat perlu mengandung komposisi gizi yang seimbang. Karbohidrat, protein dan lemak semuanya harus seimbang dengan lainnya. Kami memastikan makanan yang kami buat mengandungi gizi seimbang.

2. Kandungan serat yang cukup juga perlu di ambil kira. Dan makanan yang mengandungi serat tinggi ialah sayuran dan buah-buahan. Untuk sayuran kita boleh masak dengan cara kukus. Haaa, sayuran kami menepati portion yang sesuai untuk anda yang sedang berdiet dan “eat clean”.

3. Makanan yang matang dan cukup masak. Bagi sebahagian orang , mereka mengatakan bahawa makanan mentah itu nikmat. Tapi makanan mentah terdedah terhadap kuman. Sehingga mengalami gangguan kesihatan disebabkan oleh virus atau bakteria dari makanan tersebut. Cara nak sediakan makanan, kami amat menitik beratkan perihal kebersihan. InsyaAllah selamat dan sihat untuk di makan.

4. Tidak Mengandungi Bahan Perasa atau MSG. Makanan yang mengandung MSG memang nikmat kerana mampu menyedapkan masakan. MSG biasanya terkandung di makanan yang telah di proses termasuk makanan ringan. Paling bahaya, makanan ber-MSG jangka panjang dapat meningkatkan risiko kanser. Kami tak gunakan MSG dalam masakan. Kami tak gunakan gula putih tetapi gula perang dan hanya dalam kuantiti yang sedikit dan rendah kalori.

5. Sedikit kandungan garam. Makanan dengan kandungan garam yang banyak dapat meningkatkan risiko tekanan darah tinggi. Garam yang kami gunakan adalah rendah kalori dan garam bukit.

6. Sedikit minyak ketika menggoreng. Kami menggunakan minyak Zaitun dan hanya menggunakan sedikit sahaja. Kena hati-hati terhadap makanan dengan menggunakan minyak suhu tinggi kerana dapat meningkatkan kerosakan pada gizi alaminya.

7. Sedikit bahan pengawet. Makanan yang mengandungi banyak bahan pengawet boleh menyumbang kepada banyak penyakit. Itulah sebabnya makanan jenis ini bukan termasuk makanan sihat. Dan kami tidak menggunakan bahan yang telah diproses untuk membuat “Healthy Food” ni.

Ciri-ciri makanan sihat yang lainnya adalah makanan yang mengandung vitamin, air, mineral, makanan yang tidak terlalu pedas, dan mudah dicerna.

Jadi, dah tahu kenapa kita perlu amalkan “Healthy Lifestyle”?

-Coach RazAin-

http://coachrazain.wasap.my/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s