5 Tips Mudah Mengawal Nafsu Makan

Mengawal nafsu makan ni antara cabaran utama bagi semua yang sedang diet. Kadang-kadang kita kalah, kadang-kadang kita menang. Tapi selalunya kalah..

Kami sendiri pernah melalui cabaran melawan nafsu makan ni. Setelah berusaha berperang dengan nafsu makan ni. Setelah berusaha berperang dengan nafsu makan ni secara berterusan, kami jumpa beberapa trick dan cara untuk mengawalnya.

Kami akan kongsikan tips ini dengan anda, semoga memberi manfaat yang banyak dan berguna untuk anda!


PILIH MAKANAN SEIMBANG DAN BERNUTRISI

Memilih makan sihat dan seimbang akan mengurangkan rasa craving dan ‘teringin’ makan makanan kurang sihat. Bila kita bagi badan kita makanan seimbang, badan akan rasa puas dan kenyang.

SENTIASA MAKAN ON-TIME

Elakkan makan lambat. Jika anda jaga masa, sentiasa makan on time, anda tak sempat rasa terlalu lapar. Jadi lebih mudah untuk anda kawal nafsu makan.

PASTIKAN ANDA SENTIASA KENYANG

3 Jam selepas waktu makan berat, pastikan anda ambil snacking yang sihat seperti buah-buahan, kekacang atau roti gandum. Ini bagi mengelakkan anda terlalu lapar. Contoh, 3 jam selepas sarapan pagi, ambil snacking sihat supaya lunch nanti tak terlalu lapar!

AIR KOSONG YANG CUKUP

Pastikan anda minum air kosong sebanyak 3Liter setiap hari. Elakkan dari agak-agak je, ukur betul betul berapa Liter anda minum setiap hari. Bila tak cukup air, respon badan rasa macam nak makan tapi sebenarnya kita haus. Jadi pastikan air cukup ya.

BERFIKIR SEBELUM MAKAN

Sebelum makan, fikir dulu, kenapa nak makan tu? Betul-betul lapar atau saja-saja nak kunyah-kunyah je. Adakah makanan yang anda pilih tu bantu anda kurus atau hanya akan mengganggu diet anda. Jadi, buatlah pilihan bijak.

Setiap makanan yang anda masukkan ke dalam mulut anda, ada kesannya. Tapi pilihan untuk menerima kesan yang baik atau tidak baik untuk pilihan anda.

Simple je kan tips ni? Tapi nak buat tu yang susah sebenarnya. Jadi kuat semangat dan kekal komited dengan goal anda! Semoga perjalanan anda untuk turunkan berat badan dipermudahkan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s